Tuesday, 27 January 2015






Kebab Original

Kombinasi antara daging pagang berbumbu yang menggugah selera ditemani sayuran segar dan dilumuri mayonais dan saus yang memberikan sensasi lain di lidah dan dibungkus rapi dengan gulungan tortila yang lembut.
 
Kebab Unyu 
Kombinasi antara daging panggang berbumbu yang menggugah selera ditemani sayuran segar dan dilumuri mayonais dan saus yang memberikan sensasi lain di lidah dan dibungkus rapi dengan gulungan tortila yang lembut. Disajikan dalam ukuran yang lebih kecil
 
Kebab Piscok





“Bahaya, hidup lagi ketam ni,” kata Profesor Dr Khairil Wahidin Awang berseloroh dan diikuti hilai tawa peserta melihat aksi mencuit hati itu. Itulah antara kenangan penulis saat menikmati keenakan Maggi Ketam Istimewa di Restoran Indra Tomyam, Kampung Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan sempena Kelantan Soft Adventure Fam Trip, baru-baru ini. Beroperasi sejak 11 tahun lalu, Restoran Indra Tomyam ini hanya menghidangkan menu Thailand. Namun, inginkan sesuatu yang berlainan dan berkat dari percubaan yang dibuat, Maggi Ketam menjadi hidangan popular di restoran ini. Pemilik Indra Tomyam, Zul Fadli Arifin, 35, berkata asalnya, dia hanya ingin mencuba maggi ketam itu untuk makan sendiri. “Selepas mencuba dan ada permintaan dari rakan, menu maggi ketam ini mula diperkenalkan di restoran ini. “Selain Maggi Ketam, hidangan lain yang berunsurkan ketam turut disajikan, antaranya Singgang Ketam, Ketam Masak Merah, Ketam masak lada hitam dan ketam tiga rasa,” katanya. Menggunakan ketam nipah yang diperoleh menerusi pembekal dari Tumpat dan Thailand, Zul menggunakan rempah dan resipi hasil kreativiti sendiri. “Semua rempah ratus yang digunakan termasuk resipi maggi ketam ini diolah bagi menambahkan keenakan setiap hidangan,” tambahnya. Menceritakan kelainan dan keistimewaan Maggi Ketam di Indra Tomyam, katanya dia menggunakan ketam segar. “Ketam segar, isinya lebih sedap, enak dan segar berbanding ketam sejuk beku. “Begitu juga jika menggunakan ketam yang lama, rasanya tidak sedap dan hilang keenakan isi ketam,” katanya. Dari segi harga, Zul tidak menggunakan timbang sebaliknya harganya ditentukan mengikut hidangan. Semangkuk hidangan Maggi Ketam biasa adalah RM20. Bagi yang inginkan Maggi Ketam Istimewa yang ditambahkan dengan seekor udang galah, harganya RM25 semangkuk. Merasai sendiri keenakan Maggi Ketam Indra Tomyam ini, ia hidangan yang cukup enak dan mengenyang­kan. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/MaggiKetamIstimewa/Article/index_html#sthash.z8lKEjV

     


Kisah ketam utk djadikan tauladan....

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last seko pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. Perasaan iri hati dan hasad diri sentiasa membelenggu diri melihat kejayaan orang lain.