“Bahaya,
hidup lagi ketam ni,” kata Profesor Dr Khairil Wahidin Awang berseloroh
dan diikuti hilai tawa peserta melihat aksi mencuit hati itu.
Itulah antara kenangan penulis saat menikmati keenakan Maggi Ketam
Istimewa di Restoran Indra Tomyam, Kampung Pasir Pekan, Kota Bharu,
Kelantan sempena Kelantan Soft Adventure Fam Trip, baru-baru ini.
Beroperasi sejak 11 tahun lalu, Restoran Indra Tomyam ini hanya
menghidangkan menu Thailand.
Namun, inginkan sesuatu yang berlainan dan berkat dari percubaan yang
dibuat, Maggi Ketam menjadi hidangan popular di restoran ini.
Pemilik Indra Tomyam, Zul Fadli Arifin, 35, berkata asalnya, dia hanya
ingin mencuba maggi ketam itu untuk makan sendiri.
“Selepas mencuba dan ada permintaan dari rakan, menu maggi ketam ini
mula diperkenalkan di restoran ini.
“Selain Maggi Ketam, hidangan lain yang berunsurkan ketam turut
disajikan, antaranya Singgang Ketam, Ketam Masak Merah, Ketam masak lada
hitam dan ketam tiga rasa,” katanya.
Menggunakan ketam nipah yang diperoleh menerusi pembekal dari Tumpat dan
Thailand, Zul menggunakan rempah dan resipi hasil kreativiti sendiri.
“Semua rempah ratus yang digunakan termasuk resipi maggi ketam ini
diolah bagi menambahkan keenakan setiap hidangan,” tambahnya.
Menceritakan kelainan dan keistimewaan Maggi Ketam di Indra Tomyam,
katanya dia menggunakan ketam segar.
“Ketam segar, isinya lebih sedap, enak dan segar berbanding ketam sejuk
beku.
“Begitu juga jika menggunakan ketam yang lama, rasanya tidak sedap dan
hilang keenakan isi ketam,” katanya.
Dari segi harga, Zul tidak menggunakan timbang sebaliknya harganya
ditentukan mengikut hidangan.
Semangkuk hidangan Maggi Ketam biasa adalah RM20. Bagi yang inginkan
Maggi Ketam Istimewa yang ditambahkan dengan seekor udang galah,
harganya RM25 semangkuk.
Merasai sendiri keenakan Maggi Ketam Indra Tomyam ini, ia hidangan yang
cukup enak dan mengenyangkan. - See more at:
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/MaggiKetamIstimewa/Article/index_html#sthash.z8lKEjV

No comments:
Post a Comment